50,000 tapak tangan beri impak kempen Dutch Lady

2013/04/11 – 14:07:52

50,000 tapak tangan beri impak kempen Dutch Lady Dari kiri; Colaco, Ahmad Izham, Faizal dan Ziana pada pelancaran kempen mengumpul 50,000 ikrar melalui cap tapak tangan.

Jika ada hadiah yang ingin anda berikan kepada seorang kanak-kanak, ia tentunya masa depan lebih cerah untuk mereka nikmati.
Justeru, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) meminta semua rakyat Malaysia terutama ibu bapa berjanji memberikan sokongan kepada permata negara ini menggapai potensi maksimum mereka.

Atas kesedaran sama, Dutch Lady Malaysia dengan kerjasama Media Prima akan menggerakkan kempen bagi mengumpul ikrar masa depan bermatlamat untuk mencapai 50,000 janji sejajar misinya Membantu Rakyat Malaysia Maju ke Hadapan dengan Pemakanan Tenusu yang Dipercayai.

Berlangsung meriah di perkarangan Sri Pentas, baru-baru ini, konvoi kenderaan Media Prima dilepaskan sebagai simbolik pelancaran oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Ahmad Izham Omar dan Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia, Rahul Colaco.
Janji yang disimbolkan melalui cap tapak tangan ini melambangkan ikrar atau komitmen seorang ibu bapa untuk mewujudkan masa depan cerah bagi anak mereka.
Kempen turut disertai selebriti terkenal, Ziana Zain dan Faizal Tahir.
Beri inspirasi Colaco berkata, janji ini melambangkan iltizam negara untuk memberi sokongan kepada golongan muda di Malaysia, selain menjana perubahan dalam hidup mereka ketika mereka berusaha merealisasikan potensi diri.
Turut mendapat manfaat melalui kempen ini adalah kanak-kanak kurang bernasib baik, menerusi Bengkel Inspirasi Masa Depan yang memberi peluang kepada mereka mempelajari pelbagai kemahiran asas termasuk memasak, melukis, menyanyi, sukan, seni dan sebagainya.
“Bengkel tersebut adalah salah satu cara kami memberi inspirasi kepada kanak-kanak kurang bernasib baik dan mengharapkan mereka mempunyai peluang sama untuk berjaya,” katanya.

By sksmsksm Posted in Artikel